PERSANDARAN.....
Persandaran Makhluk Hanya Pada Tuhannya
Tempat Ia Pasrahkan Segalanya
Bukan Selain Daripada Pencipta
Pasti Kekecewaan Yang Akan Dirasa
Bila Bersandar Pada Makhluknya
Jika Terpisah Rasa Kehilangan
Jika Terasing Rasa Ditinggalkan
Jiwa Menderita Gelisah Sentiasa
Biar Bersandaran Hanya Pada Tuhan
Merasai Cukup Hanya DenganNya
Bersama Terasing Rasanya Sama
Allah Sentiasa Di Dalam Jiwa
Biar Terlihat Tidak Punya Apa
Tetapi Hati Kaya Dengan Rasa
Rasa Kasih Dan Cinta Illahi
Menjadi Cahaya Penghidup Jiwa..
Petikan Lagu dari Nowseeheart-SMKAKL
Lagu ini mengingatkan umi tentang sesuatu..tentang sesuatu...suatu masa dulu..tahun..1999/2000..waktu tu umi sedang menjalani matrikulasi...sesuatu yang mengaitkan Damanhur dengan Kangar.. sesuatu yang mengaitkan Al-Azhar dengan UPM..
Cukuplah..Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas..Semuanya bagi umi sudah lama berlalu..dan tak perlu lah diulang kembali kerana Alhamdulillah sekarang umi telah punyai hati untuk mencintai dan dicintai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment