Thursday, April 15, 2010

malam ini..

Salam to all beloved frens..
Emm..kenapa sejak dua menjak ni umi x dpt nak lelapkan mata..fikiran pun banyak melayang layang kepada banyak objek..ada yang sudah terang..ada yang masih kabur... entahla..tgh malam tadi umi dikejutkan dgn panggilan dr ibu umi..kesian dia..masih sakit dan lemah even after discharge dr ward last week..xpelah,bersabar dengan kesakitan yang dtg kerana ianya sebahagian daripada kaffarah perbuatan kita yang disedari atau tidak disedari. Cuma tadi,emosi umi sedikit terusik bila mendengar ibu umi meluahkan apa yang terbuku di fikirannya.

Hmm..selalunya ibu umi mmg seorang yang bersikap optimis..meredah apa saja cabaran. seorang yang aktif. seorang yang berani. seorang yang amat peramah dengan sesiapa saja. dan seorang yang kreatif mencetus pelbagai jenis idea.. Tapi,tadi suara yang umi dengar dr ibu umi..sangat sangat lemah dan berlainan dr karakternya.. sangat negatif.. Hati ini terus berbisik .."Oh Tuhan..Sembuhkanlah segala penyakit ibuku..kurniakanlah kesihatan yg baik kepadanya"....

Ibu..
Kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga..
Kan ku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku..
Segala nasihat yang kau hamparkan padaku..
Kan ku semat ia kukuh di dasar ingatanku ini..

Kelembutan biacaramu serta kelunakanmu mengaji..
Kau menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku..
Semoga Nur kasihNya sentiasa melingkari perjalanan hidupmu..hai ibuku..

Terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku..

Teman..jumpe lagi next time..Salam semua.

0 comments: